Pada 31 Mei 2018 (Khamis), sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Penjara Taiping telah mengadakan program sumbangan bubur lambok untuk diagihkan kepada orang awam. Program ini dianjurkan oleh pihak Penjara Taiping sebagai salah satu medium dan perantaraan dengan masyarakat dalam memberi sumbangan kepada orang awam. Program tersebut telah diadakan di Bazar Ramadhan Taiping Perak yang bermula jam 5.00 petang dan selesai jam 6.00 petang. Sebanyak 400 bubur lambuk telah diagihkan. Program turut disertai oleh PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping serta anggota dalam menjayakan program tersebut.
""